Thursday, 10 May 2018

APAKAH ITU PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)?

 

PAK21 adalah pembelajaran abad ke 21. Sebarang pembelajaran yang melatih murid dengan kemahiran abad ke 21 (4 C: Communication, Collaboration, creativity, Critical thinking).

Apakah 4K iN?. 4K adalah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selaras dengan cabaran kehidupan abad ke2i. 4Kyang kita sedia maklum ialah:

Komunikatif:
Mahir dalam berkomunikasi iaitu maklumat dan bertukar pendapat dengan orang lain. Murid tidak kekok serta mampu membiasakan diri bercakap dengan individu lain. Selain itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh berkomunikasi dengan berkesan, maksud sampai dan ada tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah dua hala juga dengan medium bersemuka mahupun maya.

Kolaboratif:
Mahir berurusan dengan orang lain. Murid boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu peranan masing-masing sebagai ahli atau ketua kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam merancang gerak perbincangan atau aktiviti.

Berfikiran kritis:
Murid mahir jalan penyelesaian, menimbang tara pilihan serta membuat keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang dibuat.

Kreatif:
Murid boleh memberi alternatif di luar jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid juga mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam mempersembahkan hasil perbincangan atau menyampaikan keputusan.

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang jarang diterapkan iaitu N - Nilai.

Nilai bermaksud murid menyedari aspek nilai murni yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan kehidupan seharian. Murid boleh menyatakan nilai murid berdasarkan isi pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan pada pdpc tersebut.

Kepentingan nilai murni untuk murid:

1. Membina profil murid ciri abad ke 21
2. Melahirkan bangsa pepimpin yang berwibawa kelak.
3. Mendidikahli masyarakat yang bertanggungjawab
4. Membina sahsiah terpuji
5. Memupuk perpaduan 

PERANAN GURU

Dalam hal ini, dimanakah peranan guru?

1. Memastikan PdPc ada simulasi situasi dan dengan itu murid dapat menyedari nilai murni yang  diterapkan.
2. Ada perbincangan nilai murni yang menjadi rumusan atau exit ticket dalam PdPc.
3. PdPc dirancang untuk menyampaikan maksud nilai murni tersebut.
4. Nilai murni yang dinyatakan selaras dengan tajuk atau topik.
5. Nilai murni berorientasikan topik bukan proses atau bentuk aktiviti itu sendiri. 

Contoh:
Nilai murni PdPc ini ialah murid berkerjasama dalam ahli kumpulan, murid menghormati murid bangsa lain dalam kelas, murid menghormati guru dengan mendengar arahan guru, murid mendengar dan mengutarakan idea, murid kreatif semasa membentangkan hasil perbincangan. Nilai dan kemahiran adalah dua perkara berbeza.

Oleh itu, sangat penting untuk guru menerapkan 4K dan 1N dalam PdPc dan tidak berfokus kepada 4K sahaja. Murid mungkin mahir dalam membuat aktiviti tetapi lupa akan nilai murni sebenar yang perlu diterapkan dalam diri mereka. 

Exit ticket ialah satu aktiviti semak semula di akhir pdpc tentang tajuk dan bahagian yang telah dipelajari oleh murid.

PDPC
PdPC terancang dan dikawal sepenuhnya. Pembelajaran bermaksud murid dilibatkan secara aktif dan menjadi subjek utama dengan guru sebagai pembimbing. Murid juga diberikan dorongan. Pembelajaran dan pencapaian murid akhirnya dinilai. *buatlah apapun janji aspek-aspek di atas dipenuhi. Mudah dan boleh ditafsirkan dengan meluas (janji dalam konteks!).

4C DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN

Communication
Sumbangsaran, teknik penyoalan yang mengundang respon murid.

Collaboration
Kerjasama kumpulan dari segi makiumat, peranan dan kerjasama guru& murid dalam menyediakan bahan PdPc.

Creativity
Persembahan makiumat murid mengikut kreativiti, penyelesaian masalah dengan pelbagai bentuk respon, idea mengikut imaginasi murid

Critical Thinking
Penyelesaian masalah, HOTs dengan bimbingan berperingkat, maksud tersirat dengan pengunaan iThink Maps untuk menyusun sumbangsaran/idea.

PAK21 ialah pembelajaran berfokus (objektif khusus) yang mendidik murid mengembangkan kemahiran 4C mereka melalui latihan kemahiran+sumbangsaran. Guru hanya perlu fikirkan fungsi 5P+murid aktif. Itu sahaja. If you can pull it off, that's all that matters.