Wednesday, 9 May 2018

4K 1N Keperluan Murid Abad Ke 21


Apakah, 4K 1N?. 4K adalah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selaras dengan cabaran kehidupan abad ke21. 4K yang kita sedia maklum ialah:

Komunikatif

Mahir dalam berkomunikasi iaitu menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat dengan orang lahir. Murid tidak kekok serta mampu membiasakan diri bercakap dengan individu lain. Selain itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh berkomunikasi dengan berkesan, maksud sampai dan ada tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah dua hala juga dengan medium bersemuka mahupun maya.

Kolaboratif

Mahir berurusan dengan org lain. Murid boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu peranan masing-masing sebagai ahli atau ketua kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam merancang gerak perbincangan atau aktiviti.

Berfikiran kritis

Murid mahir mencari jalan penyelesaian, menimbang tara pilihan serta membuat keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang dibuat.

Kreatif

Murid boleh memberi alternatif di luar jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid juga mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam mempersembahkan hasil perbincangan atau menyampaikan keputusan.

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang jarang diterapkan iaitu N - Nilai.

Nilai

Bermaksud /murid menyedari aspek nilai murni yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan kehidupan seharian. Murid boleh menyatakan nilai murid berdasarkan isi pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan pada pdpc tersebut./

Kepentingan nilai murni untuk murid:

* Membina profil murid ciri abad ke 21

* Melahirkan bangsa pempimpin yang berwibawa kelak.

* Mendidik ahli masyarakat yang bertanggungjawab

* Membina sahsiah terpuji

* Memupuk perpaduan

Dalam hal ini, dimanakah peranan guru?

1. Memastikan PdPc ada simulasi situasi dan dengan itu murid dapat menyedari nilai murni yang   diterapkan.

2. Ada perbincangan nilai murni yang menjadi rumusan atau exit ticket dalam PdPc.

3. PdPc dirancang untuk menyampaikan maksud nilai murni tersebut.

4. Nilai murni yang dinyatakan selaras dengan tajuk atau topik.

5. Nilai murni berorientasikan topik bukan proses atau bentuk aktiviti itu sendiri. Contoh: Nilai murni PdPc ini ialah murid berkerjasama dalam ahli kumpulan, murid menghormati murid bangsa lain dalam kelas, murid menghormati guru dengan mendengar arahan guru, murid mendengar semasa murid lain mengutarakan idea, murid kreatif semasa membentangkan hasil perbincangan. Nilai dan kemahiran adalah dua perkara berbeza.

Oleh itu, sangat penting untuk guru menerapkan 4K dan 1N dalam PdPc dan tidak berfokus kepada 4K sahaja. Murid mungkin mahir dalam membuat aktiviti tetapi lupa akan nilai murni sebenar yang perlu diterapkan dalam diri mereka.

Exit ticket ialah satu aktiviti semak semula di akhir pdpc tentang tajuk dan bahagian yang telah dipelajari oleh murid.