Thursday, 10 May 2018

3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN


PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Learning adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad ke21. Dalam pendekatan ini, pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari.

Dengan berpandukan tajuk, beberapa soalan dibina dan seterusnya aktiviti dijalankan untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Terdapat 4 jenis inkuiri:

Confirmation Inquiry
Murid diberikan soalan, teori dan jawapan serta kaedah mencari jswapan. Mereka hanya perlu mengulang proses ini untuk mengasah kemahiran kolaboratif dan berfikir mereka.

Structured Inquiry
Murid diberikan soalan. Hipotesis dibina dan murid diberikan panduan kaedah untuk mereka mencari kepastian kepada pernyataan yang diberi. Murid mencari jawapan kepada persoaian tersebut.

Guided Inquiry
Murid diberikan soalan. Dalam kumpulan-kumpulan kecil, mereka putuskan kaedah mereka sendiri untuk mencari jawapan kepada soalan yang diberi. Guru menjadi pemudahcara.

Open Inquiry
Tajuk diberi. Murid membina beberapa persoalan-persoalan berdasarkan tajuk tersebut Mereka memutuskan kaedah yang ingin digunakan untuk merungksi persoalan-persoalan tersebut.

Contoh pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kelas ialah menjelaskan proses kejadian hujan, membuktikan ciri-ciri elemen kuprum, membuktikan formula janjang, mencari musabab Revolusi Perancis dan sebagainya.

5 ASPEK PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI


Penerokaan
• Murid menggunakan perasaan ingin tahu.
• Murid mencuba sesuatu kaedah untuk rnerungkai persoalan.

Penerangan
• Murid mencari jawapan dengan sokongan evidens. bukti dan rujukan.
• Murid menggunakan bahasa mereka sendiri untuk membentangkan hasil pernbetajaran.

Penilaian
• Murid menilai hasil pembentangan dan dapatan.
• Murid membina refleksi diri dan pembelajaran.
• Murid membuat keputusan.

Pengembangan
• Murid membincangkan aftematif
• Murid mempertirnbangkan kebolehupayaan untuk eksptorasi yang leblh lagi.
• Hasil dapatan dan proses yang kreatif dan dinamik.

Penglibatan
• Murid terlibat sebagai pembelajar aktff. Murid berkolaboratif

KELEBIHAN PEMBELAJARAN BERASASKANINKUIRI


• Jimat masa. Guru sebagai fasi sabaja.
• Aktiviti HOTS berlaku.
• Mengintegrasikan 4K 1N.
• Memperkasa kepimpinan murid.
• Membina halatuju.
• Motivasi dalaman.

Antara panduan untuk menjalankan pembelajaran ini ialah:

o Guru sebagai model. Biasakan murid dengan guru sentiasa menggunakan kaedah mencari jawapan berdasarkan sumber.
o Pilih masa yang bersesuaian untuk aktiviti dijalankan
o Sediakan sumber yang mencukupi, buku, ensiklopedia, rujukan, internet, Chromebook dan sebagainya.
o Pilih jenis aktiviti dengan tahap murid.
o Berikan panduan validasi maklumat dengan menyatakan sumber dan ruang pilihan sumber.
o Kaedah pemerhatian yang telus untuk menilai proses dan hasil kerja murid.
o Berikan ruang untuk murid mengambil risiko. Contohnya mencuba sesuatu kaedah carian yang sedikit berlainan dengan apa yang dijangkakan oleh guru.
o Aktiviti dijalankan pada bahagian-bahagian topik yang bersesuaian.



PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. la adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Antara pembelajaran berasaskan projek ialah projek menghasilkan poster, alat pembasmi kuman, binaan rumah kebal ribut taufan, pementasan drama dan banyak lagi.


Beberapa perkara kita perlu ketahui tentang pembelajaran berasaskan projek ialah:

• Ada tempoh tertentu menjangkau masa dalam kelas.
• Murid mengasah pengetahuan dan kemahiran tertentu ke arah menjayakan projek.
• Bersifat kolaboratif, kerjasama antara murid dalam skala besar dan murid diberi pilihan memilih kaedah mereka sendiri.
• Guru sebagai pembimbing sahaja dan tidak menentukan kaedah yang perlu digunakan.
• Berbeza dengan projek atau kerja kursus, hasil atau produk tidak ditetapkan.
• Mempunyai skop yang besar.
Proses Pembelajaran Berasaskan Projek

1. Membina Soalan Utama
Membentuk soalan bersifat provokatif, terbuka dan berkaitan dengan apa yang perlu dipelajari oleh murid-murid - memberi tujuan dan cabaran.

2. Suara dan Pilihan Murid
Murid menentukan tajuk, soalan utama, sumber dan produk yang akan dihasilkan yang bermakna kepada mereka.

3. Kemahiran Abad Ke-21
Murid bekerja secara kolaboratif, berkomunikasi dan menjana pemikiran kritis dan kreatif dalam situasi yang sebenar. Murid berpeluang meningkatkan kemahiran 4C melalui penilaian kendiri.

4. Inkuiri dan Inovasi
Bimbing murid untuk membina lebih banyak soalan berdasarkan soalan utama, membuat hipotesis, dan terbuka kepada idea dan pespektif baharu.

5. Maklum Balas dan Semakan
Murid memberi pandangan berdasarkan exampiar dan rubric untuk menambah baik hasil produk. Pandangan daripada pakar juda digalakkan.

6. Pembentangan Produk.

Murid membentangkan produk dan membuat refleksi terhadap produk kepada audien yang autentik.

Di samping menghasilkan sesuatu projek, beberapa cadangan perlu difikirkan:

• Refleksi murid: Pastikan murid mampu menyatakan perubahan, perasaan, penemuan baru yang mereka dapati daripada projek ini.
• Murid merekodkan proses mereka menjayakan projek dan didokumentasikan.


PROBLEM BASED LEARNING

PBL adalah satu pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Satu situasi diberikan mengikut konteks murid untuk murid berbincang dan berfikir cara-cara bagaimana masalah dapat diselesaikan. PBL dapat merangsang kemahiran berfikir murid ke arah yang lebih tinggi.

Apakah ciri-ciri Problem Based Learning?

1. Beriorientasikan masalah.
2. Jalan penyelesaian adalah meluas dan mempunyai banyak pilihan.
3. Konsep asas topikal digunakan ke mendapat penyelesaian masalah.
4. Masalah adalah relevan dan logikal.
5. Mempunyai operasi atau langkah-langkah sistematik ke arah penyelesaian masalah dengan pengunaan alat berfikir.

Adakah Problem Based Learning dan Project Based Learning itu sama?

Tidak. Problem Based Learning adalah pembelajaran sesuatu konsep untuk menyelesaikan masalah sementara Project Based Learning berorientasikan pengukuhan kemahiran dan pembelajaran. 
Beza Problem Based Learning dan Project Based Learning

1. Problem Based Learning adalah berunsurkan "deductive approach" yang mana dengan langkah penyelesaian yang didapatkan, murid dan guru akan menentukan topik atau pengisian PdPc seterusnya berdasarkan hasil penemuan. Project Based Learning pula adalah berdasarkan topik dan pengisian yang terancang dan berada dalam skop yang terhad.

2. Problem Based bersifat umum dan memupuk kemahiran kolaboratif yang tinggi kerana kebanyakan masa murid adalah tidak tergantung kepada guru. Tiada struktur khas ditetapkan dan dengan itu murid harus membuat keputusan mereka sendiri. Project Based pula memberi murid struktur khas yang tetap untuk murid ikut demi menghasilkan produk yang diinginkan.

3. Problem Bassed boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Contohnya dalam masa 1-2 jam. Projeck Based pula memakan masa sehingga berbulan untuk dihasbiskan.

4. Problem Based adalah untuk mencari jalan penyelesaian sementara Project Based adalah berbentuk menghasilkan produk.

5. Kebanyakan situasi Problem Based adalah ebrsifat minoriti sementara Project Based adalah situasi biasa yang meluas dan umum.

Problem Based Learning (PBL) dan Computational Thinking

Trend terkini menyaksikan Computational Thinking semakin dikaitkan dengan PBL. Dengan ciri-ciri Computational Thinking iaitu penyelesaian masalah berasaskan modus operandi serta analisis keberkesanan, PBL dapat dibuat dengan lebih teratur, kemas serta logikal. Oleh sebab sifat PBL adalah general dan murid diberi kebebasan sepenuhnya dalam mencari jalan penyelesaian masalah, murid seringkali tidak berjaya mencapai matlamat ini. Terdapat kekangan dari segi kemahiran murid, tempoh masa, pembudayaan serta konsistensi BlimW;ir. Oleh itu, Computational Thinking diperkenalkan untuk membantu murid menjalani PBL dengan berpandukan langkah-langkah dalam Computational Thinking.

Bagaimanakah PBL dapat dijalankan dengan jayanya di dalam kelas?

1. Guru-guru perlu mahir menjalankan PBL dalam PdPc serta integrasinya dalam subjek-subjek selain Matematik dan Sains kerana PBL secara ripikalnya adalah untuk subjek STEM: Sains dan Matematik.

2. Pembudayaan di peringkat sekolah perlu menyeluruh, Semua subjek mengaplikasikan PBL dalam PdPc secara berkala.

3. Guru-guru juga perlu yakin dan sentiasa mencari langkah penambahbaikan melalui PLC; Teacher Sharing Session, Lesson Study dan sebagainya. Pembudayaan di peringkat sekolah perlu menyeluruh. Semua subjek mengaplikasikan PBL dalam PdPc secara berkala.

4. Hasil pembentangan murid melalui aktiviti PBL diraikan dan menjadi pembudayaan. Murid diberikan maklumbalas dan pemikiran mereka dicabar menerusi debat, parking lot, 3 Stray 1 Stay dan Gallery Walk.

5. Dalam erti kata lain, PBL bukanlah sesuatu yang baru. Namun begitu, ia semakin mencabar dengan keperluan semasa pembelajaran dan kehidupan murid. Oleh itu, cara terbaik memahami PBL ialah dengan menjadikannya sebagai satu proses pembelajaran mengaplikasikan kemahiran berfikir yang tinggi serta elemen kolaboratif antara murid.