Wednesday, 18 April 2018

SENARAI SEMAK PENULISAN AKTIVITI RPH PAK-21


 1. ELEMEN 4K 1N DAPAT DIPERHATIKAN DALAM AKTIVITI YANG DIRANCANG
4K 1N ialah:
Komunikasi
Kolaboratif
Kritis
Kreativiti
Nilai & Etika 

2. SEMUA AYAT AKTIVITI MENUNJUKKAN AKTIVITI MURID
Setiap ayat perlu dimulakan dengan MURID.
Sebagai contohnya:
Murid menonton rakaman video berkaitan pencemaran sungai dan bersoal jawab dengan guru.

3. BAHAN (ABM/BBM/BBB) YANG DIGUNAKAN
Perkataan menonton rakaman video menunjukkan bahawa ada ABM yang digunakan oleh guru

4. ELEMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN
Sebagai contohnya:
Murid bekerjasama dalam kumpulan berbincang untuk melengkapkan LPG kesan kemusnahan hutan melalui aktiviti Round Table. (TP... @ catat pentaksiran) 

5. AKTIVITI YANG DIRANCANG PERLU DARI MUDAH KE SUKAR
Sebagai contohnya:
1. ....
2. Murid dalam kumpulan mencantumkan kad tarsia simpulan bahasa dan yang cepat dikira sebagai pemenang.
3. .....
4. Murid bekerjasama dalam kumpulan membina sebuah cerita ringkas menggunakan lima simpulan bahasa yang dipelajari.
5. ...