Saturday, 24 March 2018

PANDUAN RINGKAS PENULISAN REFLEKSI DALAM RPH


Penulisan refleksi adalah satu komponen penting dalam penyediaan RPH. Pentingnya refleksi adalah kerana:

– Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan
– Membina intervensi
– Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang
– Memahami prestasi murid
– Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc
– Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas

Tiada format tetap tentang penulisan refleksi. Yang ada hanyalah pembudayaan. Berikut adalah serba sedikit panduan untuk penulisan refleksi yang berkesan.

1. Apakah pencapaian murid?
– Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?
– Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?
(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai?
– Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?– Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?
– Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan?
– Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).

Contoh (intervensi) penambahbaikan:
– menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata
– mengolah soalan agar murid memahami soalan
– menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras
– mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid
– menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan
– memberi lebih ‘wait time’ untuk murid respon
– menghadkan masa untuk aktiviti ‘running dictation’ dan sebagainya.