Monday, 19 February 2018

LESSON STUDY & CARA MELAKSANAKANNYA

 
Lesson study ialah amalan guru MENGKAJI KAEDAH PENGAJARAN yang sesuai dan berkesan untuk pembelajaran murid SECARA KOLABORATIF.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1. KENAL PASTI BAHAGIAN ATAU TOPIK YANG SUKAR DIPELAJARI OLEH MURID

Guru yang mengajarkan mata pelajaran dan aras murid yang sama boleh berbincang untuk menghasilkan 1 RPH dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sama.

2. RANCANG DAN SEDIAKAN RPH SECARA BERSAMA-SAMA BERSERTA ABM/BBM/BBB

Strategi, pendekatan, teknik dan bahan yang dipilih mesti dapat memudahkan murid mempelajari topik atau kemahiran tersebut.

3. BUAT PEMERHATIAN PDPC SALAH SEORANG GURU MENGGUNAKAN RPH YANG TELAH DISEDIAKAN

Masuk ke kelas yang dipilih dan perhatikan pembelajaran murid.

4. SETELAH SELESAI PDPC, BUAT REFLEKSI TERHADAP PDPC TERSEBUT

Refleksi yang dibuat mesti berfokus pada kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid bukan kelemahan guru.

CONTOH REFLEKSI:

i. Murid tidak dapat menyiapkan tugasan kerana arahan kurang jelas. Arahan diberikan ketika murid bergerak.
PENAMBAHBAIKAN: Arahan perlu diberikan sebelum murid bergerak ke stesen pembelajaran.

ii. Kumpulan dua banyak membuat kesilapan semasa aktiviti kedua disebabkan LPG untuk kumpulan tersebut masih sukar berbanding dengan keupayaan pembelajaran mereka.
PENAMBAHBAIKAN: LPG perlu dimudahkan dengan adanya ayat acuan.

5. MENGUBAH SUAI RPH

Tambah baik RPH atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dibina.

RPH yang telah ditambah baik, boleh digunakan untuk PdPc di kelas lain.

Sumber