Monday, 12 February 2018

Asas Moral Menurut Perspektif Agama

Sila jawab semua soalan di bawah.

Bahagian A


1. Nyatakan pengasas agama Buddha.
2. Terangkan empat konsep kebenaran Jalan Mulia.
3. Nyatakan pengasas agama Konfucius.
4. Jelaskan nilai-nilai murni ajaran Konfucius.
5. Jelaskan contoh perayaan bagi agama Buddha.
6. Nyatakan kepercayaan dan amalan penganut ajaran Tao.
7. Nyatakan kitab ajaran agama Hindu.
8. Nyatakan contoh perayaan agama Hindu dan tujuannya.
9. Siapakah pengasas bagi ajaran agama Sikh?
10. Senaraikan lima kewajipan moral bagi agama Sikh.
11. Namakan kitab suci agama Kristian.
12. Nyatakan kitab suci agama Islam.
13. Nyatakan contoh perayaan agama Islam serta tujuannya.
14. Senaraikan Rukun Islam dan Rukun Iman dalam agama Islam.

Bahagian B

“Adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk menghormati
agama yang dianuti oleh setiap orang
demi keharmonian semua
bangsa dan agama”

1. Senaraikan tiga perayaan yang disambut oleh agama Hindu.
(3 markah)

2. Nyatakan secara ringkas tiga nilai murni ajaran konfucius yang berkaitan dengan ‘Ren’ atau baik hati.
(6 markah)

3. Berikan penjelasan untuk konsep ajaran Tao seperti berikut:
i. Tao melahirkan satu
ii. Satu melahirkan dua
iii. Dua melahirkan tiga
(6 markah)

“Malaysia adalah negara yang mempunyai
rakyat dari berbilang kaum
dan pelbagai agama”.

4. Nyatakan tiga aspek Jalan Lapan Lapis Mulia bagi ajaran agama Buddha.
(3 markah)

5. Huraikan secara ringkas tiga nilai utama agama Hindu.
(6 markah)

6. Pada bulan Ramadhan, Hamdan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Sila jelaskan maksud puasa yang dilaksanakan oleh Hamdan mengikut kefahaman agama Islam.
(6 markah)

7. Senaraikan enam aspek yang terkandung dalam Jalan Lapan Lapis Mulia dalam agama Buddha.
(6 markah)

8. Tuliskan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kahamaa (timbang rasa)’ dan ‘Damo (mengawal fikiran)’ dalam nilai utama agama Hindu.
(6 markah)

9. Tuliskan dua fakta berkaitan dengan nilai Ren (baik hati) dalam ajaran konfucius.
(6 markah)

10. Senaraikan tiga Rukun Agung dalam agama Kristian.
(3 markah)

11. Jelaskan apa yang anda faham mengenai perbezaan Perayaan Deepavali dan Thai Ponggal.
(3 markah)

12. Pada pendapat anda, terangkan dua cara bagaimana masyarakat majmuk di Malaysia merayakan perayaan Hari Krismas dengan aman dan damai.
(3 markah)

13. Nyatakan isi kandungan Si Shu (Empat Buku) dalam ajaran Konfucius.
(4 markah)

14. Berikan lima aktiviti dalam sambutan perayaan Deepavali di Malaysia.
(5 markah)

15. Agama Sikh ialah agama yang muncul di India Utara. Terangkan tiga keunikan atau keistimewaan agama ini.
(6 markah)

16. Berikan lima Rukun Agung dalam agama Kristian.
(5 markah)

17. Terangkan fungsi perkara-perkara berikut dalam kehidupan masyarakat Cina menurut ajaran Tao.
i. T’ung Shu
ii. Feng Shui
(4 markah)

18. Huraikan tiga jenis perayaan bagi penganut agama Islam.
(6 markah)

19. Siapakah pengasas agama Sikh dan apakah yang dimaksudkan dengan Sikh?
(2 markah)

20. Berikan dua hari perayaan bagi kaum Sikh.
(2 markah)

21. Orang Sikh amat menghormati lima perkara yang berawal huruf “K” atau disebut juga sebagai “5K”. Senaraikan satu persatu “5K” tersebut.
(5 markah)

22. Ranjit adalah penganut agama Sikh. Jelaskan tiga keperibadian mulia yang menjadi pegangan Ranjit.
(6 markah)

23. Senaraikan empat kebenaran mulia ajaran agama Buddha.
(4 markah)

24. Tuliskan lima daripada lapan Jalan Lapan Lapis Mulia.
(5 markah)

25. Huraikan cara sambutan tiga perayaan yang disambut oleh penganut agama Buddha.
(6 markah)

26. Siapakah pengasas ajaran Konfucius dan apakah yang dtekankan dalam ajaran ini?
(3 markah)

27. Nyatakan penganut agama yang menyambut perayaan berikut serta jelaskan kenapa perayaan tersebut disambut.
i. Hari Katak Puranmashi.
ii. Hari Esther.
(6 markah)

28. Apakah nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta jelaskan perbezaan bagi kedua-dua perayaan tersebut?
(6 markah)

29. Senaraikan tiga konsep ajaran Tao.
(3 markah)

30. Senaraikan empat aspek yang terkandung dalam Rukun Islam.
(4 markah)

31. Senaraikan empat ciri kejujuran yang terdapat dalam nilai Keperibadian Mulia mengikut ajaran agama Sikh.
(4 markah)

32. Kemukakan lima cadangan anda berkaitan dengan nilai utama dalam agama Hindu yang dapat membentuk keperibadian mulia seseorang.
(10 markah)

33. Senaraikan tiga konsep ajaran Tao.
(3 markah)

34. Terangkan kepercayaan dan amalan sesetengah masyarakat seperti di bawah.
i. Tung Shu
ii. Feng Shui
iii. T’ai-chi-ch’uan
(6 markah)

35. Michael merupakan seorang penganut agama Kristian. Jelaskan tiga perlakuan dalam kehidupan harian Michael yang dihadkan oleh perintah dan larangan dalam The Ten Comandments.
(6 markah)

36. Siapakah pengasas ajaran Konfucius? Jelaskan latar belakang beliau.
(3 markah)

37. Terangkan tiga nilai keperibadian mulia dalam ajaran Sikh.
(6 markah)

38. Jelaskan tiga perbezaan mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
(6 markah)