Tuesday, 27 February 2018

Konfucius

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

  KONFUCIUS

KONFUCIUS

Gap-fill exercise

Fill in all the gaps, then press "Check" to check your answers. Use the "Hint" button to get a free letter if an answer is giving you trouble. You can also click on the "[?]" button to get a clue. Note that you will lose points if you ask for hints or clues!
3.2.1 PENGASAS

Pengasas Konfucius ialah (551-4479 S.M) yang lebih dikenali sebagai K’ung Fu’tzu atau Konfucius yang bermaksud . Ajaran Konfucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.


3.2.2 NILAI MURNI AJARAN KONFUCIUS

a. (Baik Hati)

Ia bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap orang lain. Menurut Konfucius, nilai ren adalah paling penting dan patut dipupuk di kalangan individu kerana nilai ini merupakan asas kepada nilai murni yang lain iaitu chung, yi, li, xiao, ming dan zhi. Individu yang mempunyai nilai ren akan menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa (xiao), mengambil berat orang berat orang di sekeliling dengan menolong (chung), tidak menindas (shu), menjalankan tugasnya dengan sebaik-baiknya (zhi), membuat apa yang patut (yi), berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan (li) dan tidak secara paksaan (ming). Ini bermaksud nilai ren pada diri individu boleh diaplikasikan dan dipraktikkan untuk pelbagai situasi dalam hubungannya dengan ahli keluarga dan masyarakat.


b. Shu ()

Ia meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Contohnya, jangan buat sesuatu terhadap orang lain yang anda tidak mahu orang itu buat terhadap anda. Nilai shu disebutkan dalam aspek negatif berbanding dengan nilai chung yang disebutkan dalam bentuk positif.


c. (Menolong)

Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, nilai ini akan melibatkan individu itu akan melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Contohnya, jika individu ingin berjaya dia juga harus membantu orang lain untuk berjaya.


d. (Kesusilaan)

Ia meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara pertuturan dan tingkah laku seseorang. Nilai ini dianggap penting bagi keharmonian sosial masyarakat dan akan membawa kesejahteraan kepada semua orang jika setiap individu melaksanakan tanggungjawab dan peranan sosial masing-masing.


e. (Kemoralan)

Yi ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara yang betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya. Contohnya individu yang menjalankan tugasnya dengan berpegang pada yi akan dianggap bermoral tidak kira sama ada dia berjaya atau gagal dalam tugas yang diberikan.


f. Ming ()

Ia menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. Oleh itu, apabila individu memberi yang terbaik dalam menjalankan tugas, dia bebas daripada kebimbangan jika berjaya atau ketakutan jika gagal. Menurut Konfucius, individu yang menghayati nilai ming tidak akan terkeliru, yang baik hati tidak akan risau dan yang berani tidak akan takut.


g. (Ketaatan Kepada Ibu Bapa)

Xiao bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa meraka. Dengan kata lain, seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang anak dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapanya. Konfucius berpendapat, hubungan antara ibu bapanya dengan anak-anak ialah hubungan semulajadi yang paling utama dan terpenting kerana tiada manusia yang boleh bersifat baik kepada orang lain kecuali dia bersifat baik kepada ibu bapanya.


h. (Ketulusan)

Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku. Individu yang menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri sendiri atau orang lain, iaitu dia harus memberi pernyataan benar dalam segala kelakuannya.


3.2.3 KEPERCAYAAN DAN AMALAN

Kebanyakan ajaran Konfucius menumpukan hubungan contohnya ketaatan atau xiao yang diamalkan oleh kaum Cina melibatkan ibu bapa dijaga dan dihormati. Kaum ini cuba mengelakkan diri daripada mencemar nama baik keluarga. Setiap kanak-kanak Cina juga diajarkan cara menghormati orang lebih tua sejak kecil lagi. Pemujaan roh nenek moyang turut diamalkan. Amalan ini masih dipraktikkan oleh ramai keluarga dalam kalangan kaum Cina di Malaysia.