Monday, 19 February 2018

Koleksi Fail Meja Pelbagai Jawatan


http://www.winzip.com/static/images/feature-pages/file-manager.jpg
Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya.
 
Fail Meja Guru

Fail Meja berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu Fail Meja dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam Fail Meja adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.

Dikongsikan di sini beberapa koleksi Fail Meja yang boleh dijadikan rujukan untuk anda semua.

Fail Meja Guru Kelas
Fail Meja Guru Disiplin
Fail Meja Guru Mata Pelajaran
Fail Meja Guru Perpustakaan Dan Media
Fail Meja Guru Prasekolah
Fail Meja Ketua Panitia Sains Sukan
Fail Meja Ketua Panitia
Fail Meja Penyelaras Spbt
Fail Meja Penyelaras UnitBeruniform
Fail Meja Su Kokurikulum
Fail Peribadi Guru 2017
Senarai Tugas Ikut Jawatan

Sumber