Wednesday, 28 February 2018

‘Collaborative Learning’ atau ‘Cooperative Learning’?

‘Collaborative Learning’ ialah pembelajaran yang melibatkan semua pelajar yang dipecahkan kepada beberapa aktiviti dalam kumpulan kecil untuk merungkai konsep keseluruhan pembelajaran. Aktiviti seperti ‘project based learning’ atau ‘problem based learning’ boleh dikategorikan sebagai ‘collaborative learning’. Maknanya semua murid akan memberi sumbangsaran melalui kumpulan kecil mereka dan digabungkan menjadi input/produk keseluruhan kelas. Cikgu dapat lihat perkara sebegini seperti dalam aktiviti gallery walk dan 3 stray 1 stay.


In cooperative learning, students work together in small groups on a structured activity. They are individually accountable for their work, and the work of the group as a whole is also assessed. Cooperative groups work face-to-face and learn to work as a team.

‘Cooperative Learning’ pula adalah aktiviti sumbangsaran murid dalam skala kecil iaitu dalam kumpulan masing-masing. Dalam pembelajaran sebegini, murid melatih diri dengan kemahiran 4C; communicative, collaborative, creative dan critical thinking. Murid bersama-sama berkongsi ilmu, melatih kemahiran pembelajaran tertentu, berkomunikasi, mengemukakan pendapat, menetapkan pendirian dan membuat keputusan. Proses ini memacu kemahiran sosial mereka yang amat-amat diperlukan di alam pekerjaan kelak. Nilai murni bertolak ansur, toleransi dan hormat-menghormati dipupuk dalam aktiviti sebegini. Contoh Think Pair Share, Round Table, Corners, Fan N Pick dan sebagainya.
 
Adakah ‘cooperative learning’ dan ‘collaborative learning’ itu perlu? Ya.

Adakah ‘cooperative learning’ boleh berlaku tanpa ‘collaborative learning’?
Ya.

Adakah ‘collaborative learning’ boleh berlaku tanpa ‘cooperative learning’?
Ya.

Apakah yang terbaik untuk pembelajaran dalam kelas?
Dalam ‘collaborative learning’ perlu ada ‘cooperative learning’. Bermula dengan aktiviti kumpulan kecil, hasil dibentangkan kepada kumpulan yang besar dan kemudian dapatan dirumuskan. Dengan itu, pembelajaran dapat melibatkan semua pihak dan menunjukkan penglibatan murid aktif. Tugas guru hanya sebagai pemudahcara.

Contoh variasi Think Pair Share (*Bonus Content). Dari ‘cooperative’ kepada ‘collaborative’.