Monday, 19 February 2018

CARA MENULIS OBJEKTIF DALAM RPH

 http://www.sanantonioalliance.org/wp-content/uploads/lesson-plans-and-aims.jpg

OBJEKTIF mesti dibina berpandu pada:

i. HASIL PELAJARAN (HP) yang terdapat dalam HSP - Tingkatan 3 hingga 5
ii. STANDARD PEMBELAJARAN (SP) yang terdapat dalam DSKP - Prasekolah, tahun 1 hingga tingkatan 2

OBJEKTIF mesti boleh DIUKUR, SPESIFIK dan boleh DICAPAI dalam ruang waktu PdPc.

OBJEKTIF yang dibina mesti ada PERTIMBANGAN MINIMUM ARAS MURID di dalam kelas yang diajar.

CONTOH MEMBINA OBJEKTIF

SUBJEK BM
12.6 Aras 2 (iii) - Membuat pengubahsuaian idea dan organisasi karangan untuk membina perenggan yang seimbang

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Membetulkan tiga idea yang tidak relevan dalam petikan karangan Aktiviti Sukan Lasak dengan tepat.
2. Menyusun dua perenggan karangan Aktiviti Sukan Lasak dengan betul dan seimbang.

SUBJEK GEOGRAFI
Bab: 7.4 Kesan Penerokaan Sumber
Memahami kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia (Aras 2)

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Menghuraikan 3 kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia berserta contoh dengan tepat.

Sumber