Monday, 19 February 2018

CARA MENULIS AKTIVITI DALAM RPH

 http://www.sanantonioalliance.org/wp-content/uploads/lesson-plans-and-aims.jpg

AKTIVITI yang dirancang mesti MENUNJUKKAN CARA OBJEKTIF DICAPAI.

AKTIVITI mesti ditulis DENGAN JELAS DALAM AYAT LENGKAP dan BUKAN hanya menulis perkataan:
1. Soal jawab
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan, dan lain-lain
 Sepatutnya AKTIVITI DITULIS seperti yang berikut:

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.