Monday, 19 February 2018

ASAS PENULISAN (CADANGAN) AKTIVITI RPH PA KE-21

 

1. SET INDUKSI

Boleh dilaksanakan melalui:
i. Tayangan video
ii. Main peranan
iii. Gambar
iv. Lagu
v. Permainan, dsbnya

Mesti BERKAITAN dengan TAJUK dan berjaya MENARIK MINAT murid kerana ada elemen ingin tahu dan hiburan atau DIDIK HIBUR.

2. SESI SOAL JAWAB

Aktiviti sumbang saran.

3. AKTIVITI MURID*

Sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Lebih kepada PENEROKAAN ILMU atau membuat JANGKAAN dan SESI PERKONGSIAN.

4. AKTIVITI PENERANGAN*

Dilakukan oleh guru.
CONTOH AYAT: Murid mendengar penerangan tentang...

5. AKTIVITI KUMPULAN*

Untuk menyelesaikan masalah atau berbincang berserta SESI PERKONGSIAN dan SOAL JAWAB.

6. RUMUSAN & PENEGUHAN

Untuk RUMUSAN, kaitkan dengan:
i. Pelajaran akan datang
ii. Nilai dalam kehidupan
iii. Ilmu yang dipelajari berguna untuk kehidupan

PENEGUHAN boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti.

NOTA:
=====

1. Aktiviti bertanda * BOLEH BERUBAH KEDUDUKAN mengikut KESESUAIAN topik yang diajar.

2. Aktiviti penerangan oleh guru boleh juga TIDAK BERLAKU DI DALAM KELAS, jika guru melaksanakan FLIPPED CLASSROOM.

3. PENTAKSIRAN dan PENILAIAN boleh berlaku pada MANA-MANA AKTIVITI dalam pengajaran.