Tuesday, 20 February 2018

50 Idea Ganjaran/Rewards Dalam Kelas (+Panduan)


1. Sticker

Beri sticker dan murid tampal dalam buku atau cikgu tampal dekat carta ganjaran.

2. Alat Tulis

Ini biasa dilakukan kebanyakan guru dengan membantu murid simpan lebih banyak kelengkapan alat tulis.

3. Penanda Buku

Seperti alat tulis, ganjaran ini berguna untuk murid.

4. Menonton Video

Guru meluangkan masa selama 5-10 minit untuk menonton suntingan animasi kegemaran murid-murid.

5. Selfie Bersama Guru

Bukan sahaja murid jadi excited malah murid bermotivasi dan memahami bahawa guru ingin bersama-sama gembira dengan murid. Pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan.

6. Priority Seat / VIP Seat

Murid yang diberikan ganjaran diberikan peluang memilih tempat duduk pada aktiviti atau kelas seterusnya.

7. Marble Jar

Murid diberikan guli atau batu-batu cantik yang dikumpulkan.

8. Kupon Ganjaran

Kupon yang boleh ditebus seperti kupon kantin RM1.00 atau yang bersesuaian.

9. Buku

Murid diberikan buku yang menarik.

10. Pilih aktiviti

Murid boleh memilih aktiviti atau permainan seterusnya dalam pembelajaran.

11.Duduk di Meja Guru

Murid menjadi bangga dan satu penghormatan dekat dengan guru.

12. Komanden

Murid dilantik untuk mengetuai sesuatu aktiviti.

13. Guru Muda

Murid pergi ke depan dan menerangkan kepada kawan-kawan. Satu cara membina motivasi dan membina kepimpinan dalam diri murid.

14. Aktiviti Seni

Murid diberikan ganjaran menghias, melukis atau mewarna selama 5-10 minit.

15. Memilih Rakan Untuk Aktiviti Seterusnya

Murid diberikan kebebasan untuk meilih ‘partner’ untuk aktiviti seterusnya.

16. Nota Yang Baik Kepada Ibubapa

Guru menulis sekeping nota atau kad pujian kepada murid.

17. Reward Stamp

Guru menngecap buku murid dengan gambar menarik atau kata-kata pujian.

18. Bermain Game Online/Aplikasi Permainan

Murid diberikan ganjaran bermainan permainan berilmiah secara online atau bermain menerusi aplikasi dalam smartphone/tab guru.

19. Memilih Turutan Dalam Barisan

Murid memilih di mana mereka hendak berada dalam barisan atau susunan. Contoh barisan nak keluar rehat. Of course lah nak paling depan kan!

20. Show and Tell

Murid boleh bawa objek yang mereka suka ke depan kelas dan menceritakan tentangnya kepada murid-murid lain.

21. Makan Bersama Cikgu

Ini pasti kenangan manis untuk murid. Dahlah dapat makan bersama dengan guru, kena belanja pula tu.

22. Melukis di Papan Putih
Murid boleh lukiskan sesuatu yang mereka suka. Hal ini menghargai minat murid.

23. Ketua Kumpulan

Murid dilantik menjadi ketua kumpulan bagi kumpulan-kumpulan kecil.

24. Expert

Murid dilantik menjadi ‘The Expert’ in the group untuk membimbing rakan-rakan lain. Berikan tanda nama, kad, badge yang jelas menunjukkan mereka memegang ‘title’ tersebut.

25. Memakai Topi

Murid dipakaikan topi cantik atau topi berhias.

26. Sticker Maya

Murid diberikan sticker ganjaran dalam bentuk maya oleh guru melalui papan ganjaran di Frog VLE.

27. Pengecualian Bertugas

Tugasan biasa menyapu kelas setiap hari Selasa, dengan ganjaran, murid dikecualikan daripada tugas itu minggu ini dan orang lain yang akan melakukannya.

28. Alat Tulis Tambahan

Murid diberikan kelebihan menggunakan alat tulis terhad. Contoh apabila mewarna, murid yang diberikan ganjaran boleh menggunakan magic pen atau koleksi pensel warna yang besar daripada cikgu.

29. Bermain Aktiviti Tambahan

Murid diberikan aktiviti tambahan ‘enrichment activities’ yang fun seperti word puzzle, dam, jigsaw puzzle dan pelbagai lagi

30. Memakai ‘costume’

Murid diberikan ‘costume’ menarik untuk diperagakan dalam kelas.

31. Reward Cards

Murid ambil satu kad reward secara random.

32. Treasure Box

Murid ambil satu ‘kad reward’ dalam kotak.

33. Freebie

Jika murid belajar tentang pakaian tradisional, murid diberikan beberapa keping gambar berwarna kostum tradisional dan mereka boleh tampal dalam buku. Cantik kan! Orang lain dapat gambar hitam putih je.

34. Makanan

Walaupun kontroversi tetapi ada yang bersesuaian. Contohnya cupcake, biskut. Elakkan makanan yang manis ya..Suam-suam manis tu Ok la.

35. Bina Lego

Murid yang diberikan ganjaran akan diberikan set lego dan boleh membina apa sahaja.

36. Personalised Item

Cikgu berikan beberapa hadiah personalised yang cikgu buat sendiri. Contohnya book mark, mini dompet, felt decoration dan macam-macam lagi.

37. Dart

Murid diberikan ganjaran untuk bermain Dart.

38. Pecah Belon

Murid diberikan ganjaran untuk memecahkan beberapa biji belon. Pasti tak sabar-sabar semua nak pecahkan belon kan?

39. Menyanyi Lagu Kegemaran

Murid boleh menyanyi lagu kegemaran. Actually, murid yang diberikan ganjaran akan pilih.

40. Reflection Box

Murid ambil sehelai kertas dalam kotak. Dalam kotak itu mengandungi kertas-kertas atau kad yang mempunyai kata-kata positif seperti….Anda seorang yang baik hati. Anda seorang yang sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan….dan apa sahaja yang positif.

41. Membaca Kepada Kelas

Murid baca petikan di hadapan kelas.

42. Pujian Lisan

Murid diberikan kata-kata pujian.

43. Tepukan Gemuruh

Murid diberikan tepukan gemuruh atas pencapaian.

44. Pop Quiz

Murid diberikan peluang menyoal rakan-rakan. Soalan mestilah berdasarkan tajuk yang diajar. Jika rakannya dapat jawab, rakan itu dapat RM1. Jika kawannya tidak dapat jawab, penyoal yang dapat RM1. Jika soalan tidak betul atau relevan, cikgu yang dapat RM1.

45. Teka Teki

Murid diberi peluang menguji rakan-rakan dengan teka-teki.

46. Menari

Murid pilih lagu dan satu kelas menari mengikut video.

47. Students of The Day

Gambar murid yang diberikan ganjaran diletakkan pada bahagian ‘Students of The Day’

48. Brag Tags

Sepanjang PdPc murid memakai tag positif. Contohnya, ‘Murid Pandai’, ‘Murid Bijak’, ‘Murid Teliti’.

49. Popsickle Sticks

Murid diberikan batang asikrim, mereka hias dan bawa balik. Semasa menghias itupun sudah cukup ‘rewarding’.

50. Pass!

Murid dikecualikan daripada membuat ‘homework’.

Panduan:
1. Pastikan ganjaran ada dua jenis. Immediate (segera) & Accumulative (terkumpul).

2. 2 Mod ganjaran. Individu dan berkumpulan (membina tanggungjawab bersama).

3. Dilakukan secara konsisten.

4. Murid faham dan jelas perbuatan atau respon yang akan diberikan ganjaran.

5. Dimaklumkan kepada murid sebab ganjaran diberikan.

6. Fleksibel dan boleh ‘adapt’ untuk mengubah suai ganjaran. Ada kalanya murid sudah bosan dengan ganjaran yang sama. Ubah lain pulak. 

Sumber