Tuesday, 20 February 2018

5 Strategi PdPc yang Berkesan



Set Induksi

Guru-guru diberikan stickey note. Setiap seorang menuliskan 1 soalan; apa yang mereka ingin tahu daripada topik yang diberikan. Kemudian mereka tampal di dinding kelas. Lepas tu, semua pergi ke depan dan melihat semua stickey notes. Jika ada mana-mana soalan yang murid rasa mereka ada jawapannya, maka stickey note itu diambil. Kemudian, murid yang ada mengambil stickey note akan jawab soalan itu.

Aktiviti

setelah input/introduction/content diberikan….

Tarsia

Konsep puzzle. Murid menyusun kepingan kecil segitiga dan kemudiannya menjadikan sehingga satu segitiga yang besar. Aktiviti ini mengembangkan kemahiran ‘collaboration’ dan ‘communication’. Dengan Tarsia ada banyak pilihan bentuk dan mudah untuk disediakan.

Nak cuba Tarsia? Rujuk: Preparing Tarsia

Fan N Pick


Satu permainan kad. Setiap ahli kumpulan akan memegang peranan berbeza. Sediakan minima 8 kad dengan soalan topikal.
Murid 1: Pegang dan buka kad
Murid 2: Ambil kad dan bacakan kepada murid ke 2
Murid 3: Jawab soalan
Murid 4: Mendengar dan menentukan samada jawapan itu betul ataupun salah. Juga memberikan kata-kata dorongan.

Permainan ini membantu murid menerapkan kemahiran ‘communication’ dan ‘critical thinking’. Mana-mana soalan yang tidak dijawab, cikgu ambil kad tersebut. Cikgu pun dapat menilai sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian 

Penilaian Lisan

Popsicle Sticks


Bagi penglibatan murid secara maksimum, Popsicle Sticks (batang asikrim) digunakan. Guru mengambil satu batang aiskrim daripada gelas berisi batang-batang aiskrim itu tadi dan menyebutkan nama murid. Jika dijawab maka batang aiskrim itu dikeluarkan. Jika tidak, satu lagi batang aiskrim baru dituliskan dengan nama murid tadi dan dimasukkan ke dalam gelas. Oleh itu, murid boleh minta bantuan rakan untuk bantu jawab atau guru berikan peluang kepada murid lain untuk jawab. Murid yang bantu jawab, batang aiskrimnya dikeluarkan. Murid yang tidak dapat menjawab tadi perlu ulang semula jawapan rakan tadi jika mahu batang aiskrimnya dikeluarkan dan tidak digandakan. Kelebihan:

– Cikgu dapat memastikan semua murid menjawab soalan
– Cikgu lebih kreatif mempelbagaikan soalan dan rangsangan
– Mudah untuk buat penilaian

*Kaedah lain.

A. Name Picker (Klik Sini)

B. Decision Roulette (Klik Sini)


*Paparan Screen Mirroring

Ada kalanya nak guna apps dari phone perlukan paparan ke papan putih (dengan projektor). Paling mudah gunakan screen mirroring. Rujuk: Paparkan Skrin Smartphone ke Skrin Putih Dengan Mudah

Penilaian Bertulis

Selepas beri latihan bertulis, yang paling penting ialah semakan,analisis dan feedback guru. Hal ini penting untuk menyemak adakah murid telah mencapai objektif pembelajaran. Contoh mudah saya berikan ialah soalan multiple choice questions. Murid diberikan borang OMR, dan kemudian mereka lorekkan. Siap sahaja, cikgu scan dan dapatkan analisis serta merta. Gunakan ZipGrade. Pantas dan memudahkan. Boleh download borang OMR di laman web, gunakan aplikasinya di smartphone untuk scan borang OMR.


Collaboration

Melalui Entry Ticket. Apa jadi dengan Entry Ticket tidak terjawab tadi, masa inilah guru kembali kepada tiket dan kad tadi dan buka peluang kepada murid untuk jawab.

Ganjaran

Popsicle Sticks? Boleh beri kepada semua murid. Mereka hias dengan sticker kecil yang cikgu sediakan dan boleh warnakan dengan magic pen. So, mereka boleh ambil dan simpan 4C dalam simulasi ini:
Communication: Tarsia dan Fan N Pick

Collaboration: Entry Ticket, Fan N Pick (kad tidak berjawab)
Critical Thinking: Fan N Pick
Creativity: Murid kreatif memikirkan cara menjawab soalan dalam kad; cari jawapan dalam buku teks, bertanya dengan ‘expert group’, membuat semakan dalam kumpulan (proses pembelajaran kreatif mencari sumber pmebelajaran). Selain itu murid juga kreatif menghias ‘Popsicle Sticks’mereka.