Monday, 19 February 2018

4 KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN AKTIVITI RPH




1. AKTIVITI YANG DITULIS TIDAK MENJAWAB OBJEKTIF YANG DIRANCANG.

Sebagai contohnya:

Objektif berfokus kepada kemahiran dengar tutur, aktiviti menunjukkan kemahiran menulis.

2. AKTIVITI DITULIS DALAM SATU PERKATAAN ATAU FRASA.

Sebagai contohnya:
- Soal jawab
- Perbincangan
- Pembentangan

SEPATUTNYA:
Ditulis dalam bentuk ayat agar jelas dan memperlihatkan strategi, kaedah, teknik, dan bahan yang digunakan dalam PdP yang dirancang.

3. MENCATATKAN AKTIVITI GURU DALAM RPH.

Sebagai contohnya:
Guru menerangkan jenis ayat dalam penulisan isi karangan fakta.

SEPATUTNYA:
Murid diterangkan jenis ayat dalam penulisan isi karangan melalui laman VLE-frog.

4. TIDAK MENCATATKAN PENTAKSIRAN (TP) YANG DIRANCANG PADA BAHAGIAN AKTIVITI.

TP perlu ditulis pada bahagian aktiviti yang ditaksir oleh guru.

Sebagai contohnya:
Murid berbincang dalam kumpulan untuk bertukar-tukar pandangan menggunakan bahasa santun berkaitan semangat kejiranan melalui aktiviti Talking Chip dan setiap murid dinilai oleh rakan berdasarkan borang penilaian. (Dengar tutur - TP4)

Sumber