Saturday, 9 December 2017

Sambutan Maulidurrasul Bahagian Bintulu 1439H / 2017M

Assalamualaikum WBT.

Bintulu: Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidurrasul peringkat bahagian Bintulu yang dilaksanakan pada 1.12.2017 (Jumaat) bertempat di Esplanade Bintulu. 

Keadaan cuaca yang mendung dan hujan tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan program demi menghidupkan rasa cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. 

Buat julung kalinya, peserta IKM menempah nama dalam program seumpama ini apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 bagi kategori sepanduk terbaik.