Tuesday, 7 March 2017

Gambar Kursus Pengurusan Jenazah & Kem Solat Kuala Tatau Sesi Jan-Jun 2017

Assalamualaikum W.b.t

Unit Pendidikan Islam telah menjalankan Kursus Pengurusan Jenazah & Kem Solat bersama para pelajar Muslim semester 1 & 2 di Kg. Hj. Islamail Kuala Tatau selama 2 hari 2 malam pada 03-05 Mac 2017.

Program ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada para pelajar mengenai kewajipan menguruskan jenazah dan menunaikan solat dengan cara yang betul di samping memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kepentingan istiqamah dalam menunaikan setiap suruhan Allah SWT.