Sunday, 16 October 2016

Teknik Menjawab Soalan "Terangkan"

Isi      agar/kerana/supaya     huraian

Kata hubung agar/kerana/supaya perlu digunakan agar huraian lebih jelas. Jika kata hubung tidak digunakan untuk menjawab soalan jenis ini, kemungkinan pemeriksa untuk keliru dengan jawapan yang diberikan agak tinggi.

Jawapan untuk soalan jenis "terangkan" perlu ditambah dengan huraian untuk mendapatkan markah yang sempurna. Justeru, pelajar seharusnya membulatkan atau menggariskan perkataan "terangkan" di dalam soalan sebelum menulis jawapan.