Sunday, 16 October 2016

Teknik Menjawab Soalan Objektif


A. PENGENALAN
Ujian Teori (T1) mengandungi soalan objektif sebanyak 10 soalan.
Manakala Ujian Final (T4) (F) mengandungi soalan objektif sebanyak 20 soalan.

B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
  1. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
  2. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang   betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi

* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.


D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
  1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
  2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab.
  3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
  4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
  5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
  6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
  7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
  8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
*Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan. Jika sukar untuk mencari jawapan tepat, maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.
Sumber.