Wednesday, 3 August 2016

Blog Pendidikan Islam & Moral IKM Bintulu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat berkunjung ke laman blog Nota Kecil yang baru sahaja ditubuhkan ini.

Blog ini merupakan salah satu usaha daripada unit Pendidikan Islam & Moral untuk memudahkan proses PdPc Pendidikan Islam & Moral di IKM Bintulu. Inisiatif ini diambil selaras dengan latar belakang setiap pelajar yang mesra gajet dan pelbagai teknologi yang lain.

Semua pelajar diharap dapat memanfaatkan blog ini untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan subjek Pendidikan Islam & Moral untuk kepentingan diri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.

Belajar secara bersungguh-sungguh.