Friday, 20 May 2016

Gambar Kem Asuhan Solat Sesi Jan-Jun 2016

Assalamualaikum W.b.t

Unit Pendidikan Islam telah menjalankan Kem Asuhan Solat bersama para pelajar Muslim semester 1 di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu selama 2 hari 2 malam pada 07-08 Mei 2016.

Program ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada para pelajar mengenai kewajipan menunaikan solat dengan cara yang betul di samping memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kepentingan istiqamah dalam menunaikan setiap suruhan Allah SWT.