Monday, 16 November 2015

Kursus Pra Perkahwinan 14&15.11.2015

BINTULU – Unit Pendidikan Islam telah menjalankan Kursus Pra Perkahwinan bersama para pelajar Muslim semester 3 di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu selama 2 hari pada 14&15 November 2015. Program ini dijalankan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada para pelajar mengenai persediaan perkahwinan dan hukum hakam perkahwinan dalam Islam.