Monday, 12 October 2015

Tutorial memandikan dan mengkafan jenazah

Assalamualaikum W.b.t
Memandangkan tarikh bagi Kursus Pengurusan Jenazah bagi pelajar Pendidikan Islam semester 2 semakin hampir, disarankan kepada semua pelajar yang terlibat agar mendalami ilmu berkaitan dengan pengurusan jenazah melalui pelbagai medium yang mudah didapati dewasa ini.

Selain merujuk kepada bahan-bahan bacaan, para pelajar boleh merujuk kepada video berkaitan pengurusan jenazah yang banyak terdapat di dalam laman Youtube seperti video di atas. Diharap dengan wujudnya pelbagai medium pembelajaran pada hari ini, para pelajar mudah menguasai segenap ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari termasuklah ilmu-ilmu berkaitan dengan pengurusan jenazah.