Saturday, 10 October 2015

Kem Asuhan Solat IKM Bintulu 2015

BINTULU – Unit Pendidikan Islam telah menjalankan Kem Asuhan Solat bersama para pelajar Muslim semester 1 di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu selama 2 hari 2 malam pada 18-20 September 2015.

Program ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada para pelajar mengenai kewajipan menunaikan solat dengan cara yang betul di samping memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kepentingan istiqamah dalam menunaikan setiap suruhan Allah SWT. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama para fasilitator. Aktiviti ini dilaksanakan untuk membimbing para pelajar untuk mengetahui dan memahami kaedah dan bacaan wudhuk, mandi wajib, dan solat dengan betul. Aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan turut dijalankan untuk memantapkan pengetahuan setiap pelajar mengenai setiap aspek yang dipelajari dalam LDK merangkumi aspek pengetahuan berwuduk, mandi wajib dan solat. Selain daripada dua aktiviti di atas, aktiviti qiamullail juga diadakan dan diimamkan sendiri oleh pengarah IKM Bintulu.