Saturday, 29 August 2015

Blog Unit Pendidikan Islam IKM Bintulu



Assalamualaikum WBT.

Selamat berkunjung kepada semua pelajar Pendidikan Islam IKM Bintulu ke laman blog Unit Pendidikan Islam yang baru sahaja ditubuhkan ini.

Blog ini merupakan salah satu usaha daripada unit Pendidikan Islam untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran pelajaran Pendidikan Islam ke atas semua pelajar Muslim di IKM Bintulu. Inisiatif ini diambil selaras dengan latar belakang setiap pelajar yang mesra dengan gajet dan pelbagai teknologi yang lain.

Semua pelajar bagi pelajaran Pendidikan Islam diharap dapat mengambil peluang atas kewujudan teknologi canggih pada masa kini untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek Pendidikan Islam untuk kepentingan diri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.

Belajar secara bersungguh-sungguh dan niatkan segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT agar kesemua perlakuan kita dibalas dengan balasan yang baik daripada Allah SWT.

Wassalam..